Sunday, 24 August 2014

Ketenangan

mencari ketenangan
pelbagai cara di gunakan
gunalah cara yang baik
dengan mendekatkan diri dengan pencipta
hati akan tenang
jiwa pasti aman

Saturday, 23 August 2014

Doa ku

Mulakan setiap hari dengan doa

Hati

Jangan diikut hati yang benci
nanti memakan diri sendiri

Kalau Dah Benci

Hati jangan di selubungi benci
Hitamnya hati
pasti akan menghitamkan peribadi

Friday, 22 August 2014

Bukan Segalanya

wang bukan segalanya galanya
namun kehidupan perlukan wang
janganlah jadi hamba wang

Malam Sepi

Di malam yang sepi
Tenang dan damai
Dekatkan diri dengan pencipta
Berdoa berdoa dan berdoa

Jalan Kehidupan

Hidup tidak lari dari masalah
Hidup pasti akan sentiasa di uji
Yang pasti tiada jalan mudah
dalam kehidupan
Hanya yang berusaha
pasti akan berjaya

Cinta

cinta. cinta. cinta
kehidupan pasti sunyi tanpa cinta
jaga dan hargai cinta yang ada

Ku Teruskan

Bumi berputar
Masa berjalan
Apa pun terjadi
Kehidupan perlu di teruskan

Perpisahan

setiap permulaan pasti ada akhirnya
begitu juga perkenalan pasti ada perpisahan
andai berlaku perpisahan
tabahkan hati
kuatkan semangat
banyakkan bersabar
pasti ada hikmahnya

Senyum dalam tangisan

duga yang tersembunyi di dalam setiap senyumku

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Setiap yg hidup pasti akan mati,
Semakin umur meningkat
Dekatlah diri dengan Pencipta.
Kerna kita tidak tahu.
Bila ajal akan menjemput.
Kita Pulang.

Monday, 18 August 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Di panjangkan usia pada hari ini
Semoga di pagi yang indah ini
Allah mempermudahkan segalanya

Cinta Tak Kesampaian

kita cuma merancang
Allah yang menentukan
setiap awal ada akhirnya
Setiap pertemuan ada perpisahan
semoga jodoh ini yang terbaik buatku
kekal hendaknya ke pelaminan
kekal di dunia dan akhirat
bersatu hingga ke jannah
Amin...

Kematian

Tiada bezanya kita manusia di sisi Allah
Cuma amalan yang menjadi bekalan.

Saturday, 16 August 2014

Menangis Sendiri

kenapa ye?????
manusia suka mencari salah orang
mencari silapnya orang
kuman di seberang nampak kelihatan
bangkai depan mata tak nampak

sering menyalah kan orang punca segalanya
tanpa berfikir diri sendiri yang memulakannya

Rambut manusia sama hitamnya
Hati tiada siapa yang tahu
Di hadapan manisnya mulut
Di belakang... hanya Allah yang tahu.

Kuasa

Jodoh pertemuan
Hidup dan mati
Semua nya kuasa Allah
Kita sebagai manusia biasa
hanya mampu merancang.
Berusahalah. Berdoa. dan Tawakal
kepada Allah.
Insya Allah. Andai kita redha.
Hati pasti tenang dan damai

Aku Manusia Biasa

Aku manusia biasa
Sering melakukan kesilapan
Andai aku tersalah dan leka
Tegurlah aku...
Dengan cara yang baik
Dan jangan lah menegurku dengan menghina.

Friday, 15 August 2014

Mabuk Kepayang

Sayang sayang buah kepayang.
Dimakan pahit di buang sayang.
Diturutkan segala kerna sayang.
Hati derita sebab sayang.

Pilihan Di Tangan

Pilihan di tangan kita sendiri.
Baik dan buruk. Fikirlah.
Allah berikan kita akal untuk berfikir.
Gunalah sebaiknya.

Thursday, 14 August 2014

Dia Lebih Mengetahui

Bersabarlah.
Berdoalah.
Berusahalah.
Bertawakallah.
Insya allah.
Allah mengetahui.
Apa yang terbaik.
Untuk hambaNya.